BIZSMART® CHALLENGE EDISI ACCELERATOR -
TERMA DAN SYARAT


  1. BizSmart® Challenge Edisi Accelerator Alliance Bank (“BizSmart® Challenge”) dianjurkan oleh Alliance Bank Malaysia Berhad (“ABMB”) dengan kerjasama 1337 Ventures Sdn Bhd, 5X Capital Sdn Bhd, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dan Cradle Fund Sdn Bhd (“Rakan Program”). Program ini akan berlangsung mulai 05 Jun 2024 hingga 30 November 2024, termasuk kedua-dua tarikh tersebut (“Tempoh Program”), melainkan dinyatakan sebaliknya.

  2. Dengan memohon dan bersetuju untuk mengambil bahagian dalam BizSmart® Challenge, pemohon dengan ini bersetuju untuk terikat dengan semua Terma dan Syarat yang berkenaan dengan BizSmart® Challenge (termasuklah sebarang pindaan terhadapnya).

  3. Dengan menghantar permohonan penyertaan, pemohon/peserta dengan ini bersetuju dan menerima Terma dan Syarat berikut:

    1. Mengizinkan dan memberi kebenaran yang tidak boleh ditarik balik kepada ABMB untuk memberi sebarang maklumat mengenai pemohon/peserta, permohonan penyertaan ini, akaun, kemudahahan produk dan/atau perkhidmatan sedia ada dan akan datang oleh/dengan ABMB, kepada mana-mana institusi kewangan yang memberi atau merancang untuk memberi sebarang kemudahan kredit kepada pemohon, mana-mana biro kredit, mana-mana pihak berkuasa, badan, individu atau agensi yang berkenaan yang dibenarkan oleh undang-undang untuk mendapatkan maklumat tersebut atau yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), mana-mana institusi atau organisasi kewangan lain untuk memudahkan pengesahan maklumat dan pelaksanaan arahan yang diberikan oleh pemohon berhubung dengan permohonan BizSmart® Challenge, kemudahan kredit, akaun, produk dan/atau perkhidmatan oleh/dengan ABMB.
    2. Dengan menyertai BizSmart® Challenge, peserta/peserta akhir/pemenang dengan ini memberi persetujuan untuk menjalani semakan kewangan dan penilaian wajar yang perlu. Semakan ini mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada pengesahan butiran/maklumat pemohon, identiti, sumber dana, kebolehpercayaan kredit, dan pematuhan peraturan yang berkenaan di Malaysia. Peserta/peserta akhir/pemenang selanjutnya bersetuju untuk mengemukakan segala dokumentasi dan maklumat yang diminta bagi tujuan melaksanakan semakan tersebut (sekiranya berkenaan). Kegagalan untuk mematuhi syarat ini boleh menyebabkan penyertaan dibatalkan.
    3. Bersetuju dan berjanji untuk melindungi dan tidak mempertanggungjawabkan ABMB dan Rakan Programnya atas sebarang tuntutan, prosiding, ganti rugi, kerugian dan kos (termasuk fi guaman atas dasar indemniti) yang mungkin timbul berhubung dengan atau disebabkan oleh salah laku, kecuaian, salah nyata atau pelanggaran mana-mana terma atau waranti oleh pemohon.
    4. Bersetuju bahawa ABMB dan Rakan Programnya tidak akan dipertanggungjawabkan atas sebarang ganti rugi, kerugian, kos, perbelanjaan, tuntutan dan liabiliti (sama ada ganti rugi langsung atau tidak langsung, khas, atau turutan tanpa mengira sama ada ia dapat dijangka atau sebaliknya) yang ditanggung atau dialami oleh pemohon yang timbul akibat atau berhubung dengan hal-hal yang berkait dengan BizSmart® Challenge.
    5. Mengesahkan, bahawa segala maklumat, dokumen dan data yang dikemukakan dalam permohonan adalah benar, tepat, lengkap, dan tidak mengelirukan dan pemohon memberi jaminan bahawa ia tidak menyembunyikan maklumat yang boleh menjejaskan permohonannya untuk menyertai BizSmart® Challenge.
  4. Keputusan hakim berkenaan semua aspek program ini termasuklah pemilihan peserta akhir dan pemenang adalah muktamad. Sebarang rayuan atau permintaan tidak akan dilayan. Tarikh pemberitahuan pemohon yang berjaya akan ditentukan oleh ABMB. Hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh wakil ABMB melalui e-mel/panggilan telefon dan/atau mana-mana saluran yang dianggap sesuai.

  5. Sekiranya atas apa-apa juga sebab ABMB tidak dapat menghubungi mana-mana pemohon yang berjaya dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas cubaan pertama, ABMB berhak menurut budi bicaranya untuk memilih pemohon lain untuk mengambil bahagian dalam BizSmart® Challenge.

  6. ABMB tidak akan dipertanggungjawabkan atau bertanggungjawab dalam apa juga cara sekalipun atas sebarang kegagalan atau kelewatan dalam memulakan BizSmart® Challenge dan/atau atas sebarang perubahan berkenaan dengan mentor atau hakim.

  7. Kriteria Kelayakan:

  8. BizSmart® Challenge dibuka kepada PKS yang berdaftar di Malaysia yang telah beroperasi antara 12 bulan dan 10 tahun (maksimum) dan mempunyai pusing ganti jualan tahunan RM500, 000 hingga RM40 juta (pada 30 April 2024).

  9. Perniagaan/entiti/individu berikut TIDAK layak mengambil bahagian dalam BizSmart® Challenge:

    1. perniagaan dan/atau syarikat yang diperbadankan atau ditubuhkan di luar Malaysia;
    2. perniagaan dan/atau syarikat yang tidak berdaftar dengan pejabat pendaftaran dan/atau pihak berkuasa (mana-mana yang berkenaan) dan/atau yang tidak diberikan lesen dan/atau kelulusan dan/atau permit yang berkenaan (mana-mana yang berkenaan) untuk menjalankan perniagaan tertentu;
    3. perniagaan dan/atau syarikat yang mungkin terlibat dalam kegiatan haram;
    4. perniagaan dan/atau syarikat yang sedang berada di bawah kuasa penerima, pengurusan kehakiman atau prosiding penggulungan (sama ada secara sukarela atau tidak);
    5. perniagaan dan/atau syarikat yang pengarahnya adalah tak solven atau prosiding kebankrapan telah dimulakan terhadapnya;
    6. pekerja tetap atau kontrak ABMB atau mana-mana subsidiarinya dan/atau wakil dan/atau ejen mereka dan ahli keluarga terdekat mereka dan ahli keluarga hakim BizSmart® Challenge dan mana-mana perniagaan dan/atau syarikat di mana individu di atas merupakan pengarah, rakan kongsi atau memegang jawatan yang seumpamanya; dan
    7. mana-mana kategori individu atau badan lain yang diputuskan untuk dikecualikan oleh ABMB menurut budi bicaranya tanpa memberikan sebarang sebab.
  10. Obligasi Peserta/Peserta akhir/Pemenang:

  11. Peserta/peserta akhir/pemenang dengan ini mempersetujui mekanik BizSmart® Challenge, program latihan dan akan mematuhi struktur, waktu, projek, tugasan, dan kerja yang diberi kepada mereka pada setiap masa dalam tempoh program.

  12. Setiap peserta/peserta akhir/pemenang yang telah mendaftar untuk penyertaan mesti mengambil bahagian dalam semua aktiviti dan acara yang dianjurkan sebagai sebahagian daripada BizSmart® Challenge sepanjang tempoh program, termasuklah semua latihan dan ceramah di dalam kelas (kira-kira 40 jam) yang dianggap sesuai oleh ABMB dan Rakan Program. Alasan/penjelasan bertulis yang meyakinkan perlu diberikan kepada wakil ABMB sekiranya peserta/peserta akhir/pemenang berdaftar gagal menghadiri mana-mana sesi yang diadakan dan/atau gagal menyelesaikan mana-mana kerja/projek dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sekiranya peserta/peserta akhir/pemenang tidak menghadiri lebih daripada dua (2) sesi (sama ada sesi fizikal atau maya), peserta/peserta akhir/pemenang tersebut akan dibatalkan secara automatik daripada BizSmart® Challenge.

  13. Sekiranya peserta, setelah dipilih sebagai 30 peserta terbaik, memutuskan untuk menarik diri daripada BizSmart® Challenge pada bila-bila masa tanpa alasan/penjelasan bertulis yang meyakinkan dan/atau tidak dapat dihubungi oleh ABMB dan/atau Rakan Program, ABMB berhak menurut budi bicaranya untuk menyingkir Peserta secara automatik dan peserta tidak akan dibenarkan menyertai program yang berkait dengan BizSmart® Challenge pada masa akan datang.

  14. Semua peserta/peserta akhir/pemenang dilarang berkongsi sebarang bahan yang berkaitan dengan BizSmart® Challenge dalam apa-apa juga bentuk di sebarang platform atau medium dalam tempoh produksi/penggambaran yang telah ditetapkan kecuali sekiranya dinyatakan sebaliknya oleh ABMB. ABMB akan mengadakan sesi taklimat pada peringkat awal tempoh produksi/penggambaran.Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua peserta/peserta akhir/pemenang memaklumi dan bersetuju untuk mengambil bahagian dan untuk terus menyertai dan membantu melancarkan perjalanan semua aktiviti termasuklah aktiviti bagi tujuan promosi yang berkaitan dengan BizSmart® Challenge, tanpa mengira sama ada mereka terpilih sebagai Peserta Akhir atau tidak. Untuk mengelakkan keraguan, peserta yang tidak terpilih sebagai Peserta Akhir perlu meneruskan penyertaan dalam aktiviti dan acara yang berkait dengan BizSmart® Challenge (termasuklah aktiviti untuk tujuan promosi) atau bagi tempoh enam (6) bulan atau tempoh lain sebagaimana yang ditentukan oleh ABMB.

  15. Semua peserta/peserta akhir/pemenang memahami sepenuhnya dan memberi persetujuan yang tidak boleh ditarik balik kepada ABMB & Rakan Program untuk melaksanakan yang berikut bagi tujuan promosi:

    1. menggunakan imej, rupa dan suara mereka yang dirakam dalam bentuk audio atau video bagi tujuan BizSmart® Challenge tanpa sebarang bentuk bayaran atau pampasan;
    2. menggunakan imej mereka yang mungkin diedit, dibuat salinan, dipamerkan diterbitkan atau diedarkan dan dengan sukarela mengetepikan hak untuk memeriksa atau memberi kelulusan bagi produk akhir yang mengandungi rupa mereka;
    3. menggunakan logo perniagaan/organisasi mereka dan visual penjenamaan korporat lain dalam bahan pemasaran dan promosi. Rakaman foto, audio atau video mungkin digunakan untuk pemasaran dan sebagai bahan promosi dalam bentuk media cetak, video dan dalam talian; dan
    4. menggunakan bahan-bahan yang mengandungi imej, rupa dan suara mereka dalam pelbagai inisiatif untuk BizSmart® Challenge ABMB yang sedang berlangsung dan yang akan datang, tanpa menghadkan masa dan lokasi edaran bahan tersebut.
  16. Untuk melancarkan pelaksanaan aktiviti untuk tujuan promosi, peserta/peserta akhir/pemenang bersetuju dan mengizinkan yang berikut:

    1. Temu bual dengan peserta/peserta akhir/pemenang
    2. Lawatan oleh personel ABMB dan/atau Rakan Program atau mana-mana ejen atau wakil ABMB dan Rakan Program yang lain ke premis perniagaan peserta/peserta akhir/pemenang serta membenarkan premis perniagaan dan aktiviti mereka dirakam
    3. Memberi maklumat mengenai pelancaran produk baharu dan pergerakan perniagaan
    4. Memberi testimonial berkenaan program tersebut dan
    5. Membantu melancarkan penulisan rencana mengenai perniagaan mereka dan BizSmart® Challenge sekiranya dan bila perlu.
  17. Kecuali dimaklumkan sebaliknya oleh ABMB, peserta/peserta akhir/pemenang dengan ini bersetuju untuk menanggung segala risiko (termasuklah sebarang kecederaan), kos dan akibat yang timbul daripada penyertaan mereka dalam BizSmart® Challenge dan aktivitinya.

  18. Dengan menyertai BizSmart® Challenge, peserta/peserta akhir/pemenang memaklumi dan memberi persetujuan yang jelas kepada ABMB, Rakan Program, ejennya atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga untuk mendedahkan maklumat mereka termasuklah data peribadi pengarah, personel, perniagaan dan aktivitinya yang berkait dengan BizSmart® Challenge bagi tujuan promosi pada bila-bila masa dan dalam sebarang iklan atau penerbitan dalam apa juga cara atau bentuk atau medium atau platform yang akan ditentukan oleh ABMB dari semasa ke semasa.

  19. Tanpa menjejaskan keluasan makna yang di atas, peserta/peserta akhir/pemenang memaklumi dan bersetuju bahawa semua aktiviti di bawah BizSmart® Challenge mungkin dirakam dalam bentuk video dan disiarkan dan/atau dimasukkan dalam pilihan YouTube dan platform media sosial lain sebagai webisod atau platform multimedia dan/atau media sosial dan/atau format seumpamanya sebagaimana yang diputuskan oleh ABMB dari semasa ke semasa menurut budi bicaranya. Semua peserta/peserta akhir/pemenang dengan ini memberi persetujuan yang tidak boleh ditarik balik untuk pelaksanaan penggambaran dan penyiaran aktiviti dan acara berkaitan dengan BizSmart® Challenge dan dengan ini memberi persetujuan yang tidak boleh ditarik balik bahawa sebarang keputusan atau pemilihan yang berkenaan dengannya oleh ABMB atau Rakan Program adalah muktamad.

  20. Tiga puluh (30) Peserta BizSmart® Challenge yang disenarai pendek perlu membuka dan mengekalkan ABMB Business Current Account/-i (BCA) dengan baki minimum RM1,000 sepanjang tempoh BizSmart® Challenge. Business Current Account/-i akan digunakan oleh ABMB & Rakan Program untuk membuat sebarang pembayaran hadiah tunai/insentif/bayaran yang layak diterima (sekiranya ada).

  21. Peserta harus menanggung segala kos dan perbelanjaan sepanjang penglibatan dalam program ini kecuali sekiranya dimaklumkan sebaliknya oleh ABMB.

  22. Sepuluh (10) Peserta Akhir yang terpilih tidak boleh ditampilkan (contohnya promosi dan/atau iklan) oleh mana-mana institusi kewangan lain bagi tempoh satu (1) tahun daripada tarikh permulaan BizSmart® Challenge yang akan diadakan pada 1 Jun 2024 tanpa persetujuan ABMB terlebih dahulu.

  23. Peserta mungkin diminta oleh ABMB dan Rakan Program untuk memberi persetujuan dan menyatakan bahawa mereka menerima terma dan syarat dan/atau sebarang bentuk perjanjian lain berhubung dengan penyertaan dalam BizSmart® Challenge yang dianggap relevan oleh ABMB dan Rakan Program. Di samping itu, peserta dan/atau perniagaannya mungkin perlu menjalani penyiasatan latar belakang yang menyeluruh dan pemeriksaan lain, menurut budi bicara ABMB dan Rakan Program. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan dalam maklumat yang dikemukakan oleh peserta, peserta tersebut akan disingkirkan daripada BizSmart® Challenge. Pemeriksaan ini mungkn melibatkan tetapi tidak terhad kepada pengesahan identiti, sumber dana, kepercayaan kredit dan pematuhan terhadap peraturan yang berkenaan di Malaysia. Peserta/peserta akhir/pemenang selanjutnya memberi persetujuan untuk mengemukakan segala dokumentasi dan maklumat yang diminta bagi tujuan melaksanakan pemeriksaan tersebut. Kegagalan dalam memenuhi keperluan ini boleh menyebabkan penyertaan dibatalkan.

  24. Peserta/peserta akhir/pemenang mesti menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma yang mungkin dikenakan kepada mereka bagi membuat pembentangan model dan/atau idea perniagaan untuk melayakkan mereka menerima pendanaan perniagaan yang disediakan oleh ABMB dan Rakan Program sekiranya berjaya.

  25. ABMB dan Rakan Program berhak menyingkirkan dan/atau membatalkan sebarang penyertaan yang mengandungi elemen lucah, menjolok mata, tidak senonoh, bahasa yang kesat, sentimen perkauman, elemen keganasan atau sebarang elemen lain yang dianggap tidak wajar oleh ABMB, termasuklah tetapi tidak terhad kepada pelanggaran hak harta intelek mana-mana pihak ketiga. ABMB tidak akan bertanggungjawab atas penyingkiran dan/atau pembatalan atau kegagalan penghantaran penyertaan yang disebabkan oleh isu teknikal atau sambungan Internet atau atas sebarang sebab sekalipun.

  26. Sebarang pendanaan perniagaan atau urus niaga akan datang antara peserta/peserta akhir/pemenang dengan Rakan Program akan melibatkan kedua-dua pihak tersebut secara langsung tanpa sebarang pertalian dengan ABMB. Peserta/peserta akhir/pemenang bersetuju untuk tidak melibatkan ABMB dalam sebarang pertikaian atau tuntutan (sekiranya ada) berhubung dengan sebarang pendanaan perniagaan atau urus niaga akan datang yang mungkin dilaksanakan dengan Rakan Program.

  27. Hadiah-hadiah

  28. ABMB dan Rakan Programnya berhak meminda hadiah-hadiah yang disediakan untuk kesemua tiga (3) pemenang terbaik dan hadiah dalam kategori lain.

    Hadiah-hadiah Tunai adalah seperti berikut:

    Huraian Bilangan Hadiah Amaun (RM)
    Pemenang utama
    Tempat kedua
    Tempat ketiga
    1
    1
    1
    RM 250,000
    RM 100,000
    RM 50,000
    Anugerah Pilihan Rakan Niaga oleh Cradle 5 RM 50,000
    (RM 10,000 setiap pemenang)
    Anugerah CGC 1 RM 50,000

    30 peserta yang disenarai pendek berpeluang untuk mendapat pendedahan jenama dan publisiti, Program Accelerator/ bimbingan perniagaan, pembiayaan perniagaan* dengan kadar keutamaan oleh ABMB.

    *Pembiayaan perniagaan pada kadar keutamaan oleh ABMB bagi permohonan pinjaman oleh perniagaan adalah tertakluk kepada penilaian dan kelulusan oleh ABMB.

  29. Hadiah Tunai bagi semua Pemenang akan dikreditkan kepada ABMB Business Current Account/-i masing-masing dan dibayar menurut pencapaian projek oleh Pemenang berdasarkan templat laporan standard sebagaimana yang disediakan oleh ABMB dan Rakan Programnya. Untuk mengelakkan keraguan, pembayaran tersebut juga adalah tertakluk kepada pengemukaan dokumentasi yang dianggap memuaskan kepada ABMB dan Rakan Programnya termasuklah dan tidak terhad kepada pengemukaan invois asal daripada perniagaan/syarikat yang sah yang berdaftar di Malaysia berhubung dengan bukti perbelanjaan dan bukti lain yang mungkin diperlukan oleh ABMB dan Rakan Programnya.

  30. Tiga (3) pemenang terbaik akan diminta untuk mengemukakan sebut harga/anggaran kos/invois dan/atau bentuk dokumen lain yang diperlukan oleh Bank untuk membolehkan mereka menerima hadiah tunai. Bagi tujuan ini, ABMB dan Rakan Programnya berhak menjalankan lawatan tapak ke premis perniagaan 3 pemenang terbaik dan mana-mana vendor lain untuk mengesahkan tujuan dan kesahan perbelanjaan perniagaan yang dituntut pembayarannya oleh pemenang tersebut. Lawatan tersebut mungkin dilaksanakan oleh ABMB dan/atau Rakan Program atau personel, ejen atau wakil yang dilantik oleh mereka.

  31. ABMB tidak akan melayan sebarang permintaan untuk mengkreditkan hadiah wang tunai kepada akaun lain yang dipegang di ABMB atau mana-mana bank lain. Sekiranya ABMB Business Current Account/-i telah ditutup atau ditamatkan sebelum hadiah tunai dikreditkan, pemenang tidak layak menerima hadiah tunai di bawah BizSmart® Challenge. Hadiah tunai tidak boleh dipindah milik kepada mana-mana pihak ketiga, dan tidak boleh ditukar ganti dengan wang tunai fizikal, kredit, cek atau sebarang item lain yang bukan dalam bentuk wang.

  32. ABMB akan membuat pembayarah hadiah tunai kepada pemenang dalam tempoh tidak melebihi satu (1) tahun selepas tamat program. Selepas pembayaran penuh Hadiah Tunai, perbelanjaan perniagaan pemenang tidak akan ditanggung oleh ABMB dan Rakan Programnya bagi pihak pemenang.

  33. Am:

  34. Sebarang hubungan dengan ABMB dan/atau subsidiarinya dan/atau dengan hakim atau mentor atau pembuat keputusan utama dalam BizSmart® Challenge mesti didedahkan dan dinyatakan secara bertulis dengan segera sebaik sahaja hubungan tersebut didapati wujud pada bila-bila masa. ABMB berhak menolak mana-mana permohonan dan/atau menamatkan penyertaan mana-mana Peserta/Peserta akhir sekiranya mendapati adanya hubungan yang tidak didedahkan tersebut.

  35. Peserta/peserta akhir/pemenang dengan ini bersetuju dan berjanji untuk tidak mengkritik, memperkecilkan atau memfitnah ABMB dan Rakan Program pada bila-bila masa (sama ada sebelum atau selepas pelaksanaan BizSmart® Challenge) dalam apa cara sekalipun dan/atau membuat sebarang komen yang menghina, sama ada secara bertulis dan/atau secara lisan, dalam apa juga medium atau mod atau platform, yang merujuk kepada dan/atau berhubung dengan BizSmart® Challenge dan/atau ABMB dan/atau hakim semasa dan sebelumnya, pegawai ABMB, pegawai Rakan Program dan/atau mana-mana pihak ketiga yang berkenaan berhubung dengan BizSmart® Challenge.

  36. Sekiranya terdapat sebarang perkara yang timbul yang tidak disertakan dalam Terma dan Syarat ini, perkara tersebut akan ditentukan oleh ABMB.

  37. Sekiranya terdapat sebarang salah laku dan/atau pelanggaran mana-mana terma dan syarat yang terkandung di sini oleh peserta/peserta akhir/pemenang, atau sekiranya didapati bahawa mana-mana Kriteria Kelayakan tidak dipenuhi, ABMB berhak menamatkan penyertaan peserta/peserta akhir/pemenang dan menggantikan peserta/peserta akhir/pemenang dengan peserta/peserta akhir/pemenang yang lain (sekiranya diputuskan untuk berbuat demikian).

  38. ABMB berhak menambah, mengeluarkan, menggantung, meminda atau mengubah Terma dan Syarat berkenaan dengan BizSmart® Challenge, secara keseluruhan atau sebahagian, pada bila-bila masa, dengan memberikan notis terlebih dahulu melalui laman web rasmi ABMB. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, terma dan syarat BizSmart® Challenge akan diterima pakai berbanding kandungan sebarang bahan promosi lain yang mengiklankan BizSmart® Challenge.

  39. Untuk mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan, penggantungan atau pelanjutan BizSmart® Challenge tidak akan memberikan hak kepada peserta/peserta akhir/pemenang untuk membuat tuntutan atau mendapatkan pampasan daripada ABMB dan Rakan Program atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh peserta/peserta akhir/pemenang yang diakibatkan oleh tindakan pembatalan, penamatan, penggantungan atau pelanjutan tersebut.