Ia adalah inisiatif oleh Alliance Bank Malaysia Berhad (“ABMB”) untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berpotensi tinggi di Malaysia untuk memperkembangkan perniagaan dan mara ke fasa pertumbuhan seterusnya dengan menghubungkan mereka dengan para pelabur, iaitu 1337 Ventures Sdn Bhd dan 5X Capital Sdn Bhd (“Rakan Program”).
Program ini menyediakan pembelajaran dan bimbingan serta pendedahan jenama kepada PKS terpilih di samping menawarkan pembiayaan dengan kadar keutamaan kepada peserta-peserta akhir BizSmart® Challenge Edisi Accelerator (“BizSmart® Challenge”) yang terpilih.
Sebagai meraikan ulang tahun yang ke-10, program BizSmart® Challenge memperkenalkan Edisi Accelerator dengan tawaran yang lebih hebat dengan:
BizSmart® Challenge terbuka kepada PKS berdaftar di Malaysia yang telah beroperasi antara 12 bulan dan 10 tahun (maksimum) dan mempunyai pusing ganti jualan tahunan antara RM500,000 hingga RM40 juta (sehingga 30 April 2024)
Tempoh penyertaan bermula dari 5 Jun 2024 dan berakhir pada 4 Ogos 2024 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut). Penyertaan yang dterima sebelum tarikh mula dan selepas tarikh tamat tidak akan dilayan.
Borang penyertaan boleh didapati di laman web ABMB di www.bizsmart.com.my. Salinan cetak borang tersebut tidak disediakan dan hanya permohonan penyertaan secara dalam talian Sahaja diterima.
Langkah 1 | : | Log masuk ke www.bizsmart.com.my |
Langkah 2 | : | Isikan butiran perniagaan anda pada borang penyertaan dalam talian |
Langkah 3 | : | Anda akan menerima e-mel yang dijana secara automatik daripada ABMB selepas pendaftaran berjaya dilaksanakan |
Langkah 1:
Log masuk ke www.bizsmart.com.my
Langkah 2:
Isikan butiran perniagaan anda pada borang penyertaan dalam talian
Langkah 3:
Anda akan menerima e-mel yang dijana secara automatik daripada ABMB selepas pendaftaran berjaya dilaksanakan
Cadangan perniagaan yang lengkap dengan kriteria berikut:
Rakam video yang mengandungi maklumat perniagaan anda:
Durasi | : | Tidak melebihi enam puluh (60) saat |
Format | : | MP4/ MOV |
Dimensi | : | 1080 x 1920 (nisbah bidang: 9:16) |
Durasi:
Tidak melebihi enam puluh (60) saat
Format:
MP4/ MOV
Dimensi:
1080 x 1920 (nisbah bidang: 9:16)
ABMB dan Rakan Program berhak menyingkir dan/atau membatalkan mana-mana permohonan penyertaan yang mengandungi perkara yang lucah, menjolok mata, tidak senonoh, bahasa yang kesat, sentimen perkauman, elemen keganasan atau sebarang elemen lain yang dianggap tidak wajar oleh ABMB, termasuklah tetapi tidak terhad kepada pelanggaran hak harta intelek mana-mana pihak ketiga. ABMB tidak akan bertanggungjawab atas penyingkiran dan/atau pembatalan atau kegagalan hantaran penyertaan yang disebabkan oleh masalah teknikal atau sambungan Internet atau apa-apa juga sebab
Peringkat 1 | : | Isi borang penyertaan |
Peringkat 2 | : | Penapisan cadangan perniagaan & semakan profil syarikat. 30 peserta akhir terbaik akan dihubungi oleh ABMB |
Peringkat 3 | : | Buka ABMB Business Current Account/-i (BCA) & kekalkan baki minimum sebanyak RM1,000 dengan ABMB sepanjang tempoh BizSmart® Challenge |
Peringkat 4 | : | Selesaikan Program Accelerator / Bimbingan Perniagaan (lebih kurang 40 jam) |
Peringkat 5 | : | 30 peserta akhir perlu menampilkan produk/perkhidmatan pada sesi Pembentangan Perniagaan |
Peringkat 6 | : | 10 peserta akhir akan disenarai pendek untuk membuat pembentangan pada peringkat akhir dan syarikat berpotensi akan dipilih dan berpeluang memenangi hadiah tunai dan menerima pendanaan perniagaan oleh ABMB & Rakan Programnya |
Peringkat 1:
Isi borang penyertaan
Peringkat 2:
Penapisan cadangan perniagaan & semakan profil syarikat. 30 peserta akhir terbaik akan dihubungi oleh ABMB
Peringkat 3:
Buka ABMB Business Current Account/-i (BCA) & kekalkan baki minimum sebanyak RM1,000 dengan ABMB sepanjang tempoh BizSmart® Challenge
Peringkat 4:
Selesaikan Program Accelerator / Bimbingan Perniagaan (lebih kurang 40 jam)
Peringkat 5:
30 peserta akhir perlu menampilkan produk/perkhidmatan pada sesi Pembentangan Perniagaan
Peringkat 6:
10 peserta akhir akan disenarai pendek untuk membuat pembentangan pada peringkat akhir dan syarikat berpotensi akan dipilih dan berpeluang memenangi hadiah tunai dan menerima pendanaan perniagaan oleh ABMB & Rakan Programnya.
ABMB menjangka akan memaklumkan peserta yang berjaya melalui telefon, e-mel dan/atau mana-mana saluran lain yang dianggap wajar sebelum 31 Ogos 2024.
Sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada pihak Pengurusan Kanan dari ABMB dan Rakan Program akan menilai semua penyertaan dan potensi perniagaan mereka. Hanya tiga puluh (30) peserta akan disenarai pendek dan mara ke peringkat seterusnya.
30 peserta terbaik akan menjalani Program Accelerator/ bimbingan perniagaan berstruktur yang intensif dibiayai sepenuhnya oleh ABMB dan Rakan Programnya, menerima nasihat yang bernilai daripada pakar, serta mendapat pendedahan jenama bagi perniagaan anda melalui platform dalam talian.
Jenama 10 peserta akhir terbaik akan ditampilkan oleh ABMB pada mana-mana platform/ rangkaian yang dianggap sesuai dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah tunai serta menerima dana perniagaan daripada Rakan Program.
Ya, setiap peserta yang terpilih mesti mengambil bahagian dalam semua aktiviti dan acara yang dianjurkan sebagai sebahagian daripada BizSmart® Challenge sepanjang tempoh program, termasuk kesemua empat (4) latihan dalam kelas dan ceramah (lebih kurang 40 jam) sebagaimana yang dianggap sesuai oleh ABMB dan Rakan Program dari bulan Ogos hingga September 2024.
Latihan/ kursus bimbingan perniagaan/ Program Accelerator memberi tumpuan kepada pemasaran, strategi pertumbuhan perniagaan, peta hala tuju pelaksanaan, pengurusan bakat, sesi perkongsian impak pembentangan dan penyelesaian perniagaan daripada nama-nama terkemuka di kalangan Rakan Program, pihak Pengurusan Kanan ABMB dan alumni dari program yang lalu.
Sekiranya peserta terpilih gagal menghadiri mana-mana sesi yang diadakan dan/atau tidak melengkapkan sebaang tugas/projek dalam tempoh yang ditetapkan, alasan/penjelasan bertulis dihendaki memberi kepada wakil ABMB. Sekiranya peserta tidak menghadiri lebih daripada dua (2) sesi (sama ada sesi yang diadakan secara fizikal atau atas talian), kelayakan penyertaan peserta tersebut akan dibatalkan secara automatik daripada BizSmart® Challenge.
Sekiranya peserta menarik diri setelah menyertai sebahagian daripada program ini tanpa memberikan alasan/penjelasan bertulis yang meyakinkan dan/atau tidak dapat dihubungi oleh ABMB dan Rakan Programnya, ABMB berhak menurut budi bicaranya untuk membatalkan kelayakan peserta tersebut secara automatik dan peserta dilarang mengambil bahagian dalam mana-mana program akan datang yang berkait dengan BizSmart® Challenge.
Peserta tidak dibenarkan berkongsi sebarang bahan yang berkait dengan BizSmart® Challenge di mana-mana platform dalam tempoh program kecuali dimaklumkan sebaliknya oleh ABMB. ABMB akan mengadakan sesi taklimat dengan para peserta.
Peserta akan terus mengambil bahagian dan memudahkan pelaksanaan aktiviti berkenaan BizSmart® Challenge, sama ada anda terpilih sebagai Peserta akhir atau Pemenang atau tidak, termasuk aktiviti yang dijalankan untuk tujuan promosi. Penglibatan peserta BizSmart® Challenge termasuklah tetapi tidak terhad kepada:
Peserta akan menanggung segala kos dan perbelanjaan sepanjang penyertaan anda dalam BizSmart® Challenge kecuali dimaklumkan sebaliknya oleh ABMB.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dari laman web kami di www.bizsmart.com.my. Selain itu, anda juga boleh menghantar e-mel ke alliancebankbizsmartchallenge@alliancefg.com.
BizSmart® Challenge menawarkan hadiah-hadiah seperti dalam jadual di bawah:
Huraian | Bilangan hadiah | Amaun (RM) |
---|---|---|
Pemenang utama Tempat kedua Tempat ketiga |
1 1 1 |
RM 250,000 RM 100,000 RM 50,000 |
Anugerah Pilihan Rakan Niaga oleh Cradle | 5 | RM 50,000 (RM 10,000 setiap pemenang) |
Anugerah Kategori CGC | 1 | RM 50,000 |
BizSmart® Challenge juga menyediakan peluang tanpa had dengan menghubungkan PKS berpotensi dengan Rakan Program seperti 1337 Ventures, 5X Capital dan lain-lain. Di samping itu, 10 peserta akhir terbaik juga layak memohon pembiayaan sehingga RM20 juta daripada ABMB pada kadar keutamaan.
Sebelum pembayaran hadiah wang tunai dilaksanakan, pemenang perlu memberi persetujuan untuk menjalani penyiasatan latar belakang dan pemeriksaan lain yang menyeluruh, menurut budi bicara ABMB dan Rakan Program. Pemeriksaan ini mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada pengesahan pengenalan, sumber dana, kelayakan kredit, dan pematuhan peraturan yang berkenaan di Malaysia. Peserta/Pemenang perlu bersetuju untuk mengemukakan dokumentasi dan maklumat yang diminta bagi tujuan pelaksanaan pemeriksaan tersebut. Kegagalan mematuhi keperluan tersebut boleh menyebabkan penyertaan dibatalkan.
Sebarang pendanaan perniagaan atau urus niaga antara peserta dan Rakan Program pada masa akan datang akan melibatkan kedua-dua pihak tersebut secara langsung dan tidak melibatkan ABMB.
Ya, anda layak mengambil bahagian dalam BizSmart® Challenge Edisi Accelerator.
Ya, anda layak mengambil bahagian dalam BizSmart® Challenge Edisi Accelerator kerana kami telah meluaskan kriteria kelayakan bagi penyertaan untuk membantu memajukan perniagaan anda. PKS bedaftar di Malaysia yang telah beroperasi antara 12 bulan dan 10 tahun (maksimum) dan mempunyai pusing ganti jaulan tahunan RM500,000 hingga RM40 juta (sehingga 30 April 2024).